~tanda lahir tidak membahayakan bayi~

Apa dia tanda lahir ?

SECARA umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.

Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.

Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.

Jenis tanda lahir

1) Tanda lahir merah

Ia disebabkan salur darah yang berada dekat dengan permukaan kulit. Ia juga dikenali sebagai ‘vascular birthmarks’ (tanda lahir vaskular). Tanda lahir jenis ini boleh dibahagikan kepada dua jenis; macular dan hemangioma.

  • Macular – Ia juga dikenali sebagai ‘stork bite kisses’. Ia biasanya muncul di belakang tengkuk dan sangat biasa bagi bayi baru lahir. Tanda lahir begini tidak memerlukan rawatan khusus kerana pada kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.
  • Hemangiomas – boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Satu daripadanya ‘strawberry hemangioma’. Tanda lahir ini selalunya berwarna merah cerah dan kelihatan menonjol pada permukaan kulit. Ada sesetengah ‘strawberry hemangiomas’ akan hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak itu mencecah usia lima tahun. Tetapi kebanyakan strawberry hemangiomas akan hilang pada usia sembilan tahun.Satu lagi jenis hemangioma yang kelihatan di bawah kulit. Ia dikenali sebagai ‘cavernous hemangioma’. Warnanya agak berlainan dan ia tidak boleh hilang dengan sendirinya.Port-Wine Stains – satu lagi jenis hemangiomas. Ia tidak tertonjol atau tidak berada di bahagian dalam kulit. Port-wine stain biasanya berwarna seakan-akan ungu bercampur merah atau merah gelap. Ia biasanya kelihatan di bahagian tengkuk atau muka.2) Tanda lahir pigmenIa merujuk kepada sebahagian kecil kulit yang warnanya berbeza dengan warna kulit dominan. Tanda lahir ini juga selalu dirujuk sebagai ‘cafe-au-lait’ kerana selalunya ia lebih gelap dari kulit dominan.

    Tanda lahir begini kadang kala boleh dikaitkan dengan penyakit keturunan yang menyebabkan pertumbuhan tisu saraf. Jika tanda begini kelihatan pada anak anda, pertimbangkan untuk membawanya berjumpa pakar.

    Satu lagi tanda lahir yang lebih dikenali sebagai tahi lalat. Tahi lalat muncul selepas bayi dilahirkan dan selalunya ia tidak mengundang masalah. Tetapi jika ia membesar, kemungkinan ia adalah tanda barah.

    Kaedah Rawatan

    Jika tidak mendatangkan sebarang masalah, tanda lahir sebenarnya tidak perlu dibuang. Tetapi jika ibu bapa berpendapat sebaliknya, kebanyakan pengamal perubatan mengakui program rawatan biasanya lebih berkesan ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pun ia bergantung kepada usia pesakit, saiz tanda lahir dan kedudukannya.

    Amalan biasanya yang dilakukan adalah dengan rawatan laser. Bagi kebanyakan tanda lahir seperti hemangiomas dan port wine stain misalnya boleh dirawat menggunakan rawatan laser, Intense Pulsed Light (IPL) yang menawarkan kesan lebih baik dan kekal.

    Kaedah rawatan ini biasanya akan mengenal pasti saluran darah yang mengembang di bawah permukaan kulit bagi menghapuskan akar tanda lahir. Ia tidak menyakitkan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dan kadang kala rawatan susulan diperlukan.

    Sumber:Berita Harian

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>