Posted in Kisah Pengajaran at 9:45 am

 

MENYAYAT HATI… Mayat seorang bayi lelaki terdampar di atas rumput dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di Flat Lobak, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 5 Feb. – Bayi siapakah ini? Kalau mereka benar-benar manusia, bayi yang cukup sempurna sifatnya ini tidak akan dibuang seperti ini.

Siapa yang melihat gambar bayi ini pasti akan berlinang air mata. Insan yang baru bernafas untuk hidup dinafikan haknya - mungkin oleh ibu yang melahirkannya sendiri.

Fenomena yang membimbangkan ini semakin menjadi-jadi.

Bayi itu ditemui terdampar di Flat Lobak di sini pagi ini, dengan kepala dan hidung yang masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di satu lokasi lain.

Menurut jurucakap polis, mereka percaya suspek cuba membuang bayi itu di kawasan tong sampah dan apabila bertemu dengan orang ramai yang lalu di kawasan itu, bayi itu ditinggalkan di situ sebelum suspek menghilangkan diri.

“Mayat bayi ini ditemui penduduk kira-kira 11.45 pagi dan jika dilihat pada fizikal mayat, bayi itu bukan dibuang dari tingkat atas flat berkenaan, sebaliknya ditinggalkan di situ oleh suspek.

“Keadaan mayat bayi, kita lihat sudah ada kesan biru pada kaki dan kita percaya dia meninggal lebih dari 24 jam. Mungkin, suspek cuba membuang bayi ini di tong sampah berhampiran dan tidak sempat berbuat demikian kerana kawasan itu sering kali digunakan oleh penduduk.

“Daripada pengamatan awal, kita syak bayi ini berketurunan Cina. Mayat bayi itu, kita hantar ke Hospital Tuanku Ja’afar dan bedah siasat mungkin dilakukan hari ini atau esok. Bayi itu mungkin sudah meninggal semasa dilahirkan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, suasana hiba dan pilu jelas terbayang pada wajah orang ramai yang menyaksikan bayi berkenaan ketika mayatnya diangkat oleh anggota polis, malahan ada yang mengalirkan air mata melihat kekejaman yang dilakukan oleh manusia tidak bertanggungjawab itu.

Mereka berkata, ini bukan kerja manusia tetapi manusia yang bertopeng ‘binatang’.

Gan Xie Hua, berusia 50-an yang mula-mula menemui mayat bayi berkenaan berkata, dia terkejut dengan kejadian ini dan sebaik terlihat objek di atas rumput belakang flat berkenaan, hatinya sudah tergerak apa yang dilihat itu memang seorang bayi yang telah dibuang.

“Apabila saya menghampirinya, saya menggigil dan ia mayat bayi lelaki yang cukup sifat. Saya bergegas ke rumah seorang jiran dan memberitahunya. Apabila saya menjelaskan kepadanya, dia tidak percaya.

“Tetapi selepas menghampiri mayat itu, dia percaya itu adalah bayi lelaki yang sudah meninggal dunia. Kami terus menghubungi polis,” katanya.

Rahmi Bustamam, 21, yang tinggal di flat berkenaan terkejut dan kesal apabila ada manusia yang sanggup membuang bayi yang dilahirkan begitu sahaja.

“Saya sedang membasuh baju pada pukul 11.30 pagi apabila seorang jiran bergegas memaklumkan yang dia menemui seorang bayi di atas rumput, belakang flat ini.

“Apabila saya turun, saya hampir menangis apabila bayi itu cukup sifatnya, tali perut masih terlekat dan lebih menyayat hati, dia mati dan ditinggalkan di atas rumput dan sudah dihampiri lalat. Darah di muka dan hidungnya masih ada,” katanya.

Sumber: Utusan Online 

Popularity: 4% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • YahooMyWeb

10 Comments


    saya saran kan kerajaan menyimpan semua rekod dna rakyat agar kes sebegini senang diselesaikan.
    biar ibu dan bapa bayi yang di buang mendapat balasan yang setimpal atas perbuatan mereka yang tak ubah seperti syaitan!!

    kasihan bayi itu…jikalau tak hendak, hantar saja ke rumah kebajikan. banyak lagi org yang sayang..

    « ezrinna kassim »
    Feb 23, 2007 at 12:58 pm


    pada pendapat saya, seharusnya orang yang bertanggungjawab membuag bayi seharusnya dihukum dengan hukuman yang sekejam-kejammya bagi membendung kes ini berleluasa.

    « maizatul zarina »
    Mar 4, 2007 at 11:29 pm


    Bagi saya, hukuman sepatutnya dijalankan secara terbuka supaya rakyat dapat melihat sendiri bagaimana seksanya ibu bapa yang membuang bayi tersebut. Hukuman mestilah setimpal bukan sahaja dihukum penjara, tapi sekiranya bayi tersebut mati pembunuhnya haruslah mati juga!!

    « NUR NAZIHA BINTI ROHMAN »
    Aug 9, 2007 at 10:35 am


    SINTING banget manusia yang tega buang bayi itu!!
    Semoga engkau damai disisi Tuhan ya Nak….

    Bunda Andra
    Bandung - Indonesia

    « Bunda Andra »
    Aug 14, 2007 at 4:32 pm


    bagi saya, setiap kes yang membabitkan pembuangan bayi ini agar disiasat menggunakan dna dan kerajaan patut memandang serius tentang hal ini….sangat kejam…tak dapat diterima akal yang waras..orang yang sanggup berbuat demikian tidak berTuhan. semoga setiap orang yang telah berbuat sedimikian agar dibuka pintu hati dan menyesal,sedar akan apa yang dibuatnya….bertaubatlah pada tuhan…ya Allah…

    « Faizal ismail »
    Aug 31, 2007 at 5:35 pm


    Kejamnya.
    Ibubapa bayi ni mesti dijatuhkan hukuman berat. Bayi ini bukan sampah yang boleh dilayan sepertimana yg digambarkan.. Dia juga dianugerahkan oleh Tuhan utk hidup seperti kita. Malangnya,ini yang dia terima.
    Saya setuju dgn Ezrinna. Banyak lagi pasangan suami dan isteri yang tidak ada cahaya mata sendiri akan menyayangi bayi ini . Hukuman yang berat biarlah Tuhan saja yg menentukan.

    « Lee. »
    Jan 29, 2008 at 10:41 pm


    semoga allah melaknat pade yg m’buangnye

    « princess »
    Feb 22, 2008 at 6:32 pm


    manusia smakin berani …hanya Tuhan sj yg dpt mnentukn hukuman utk mrk ni…

    « lovely_b »
    May 5, 2008 at 8:05 pm


    …agaknya manusia sudah kembali ke zaman jahiliah malah lebih kejam lagi… semoga Allah melaknati umat-Nya yang kejam. …dan semoga Allah swt memberi hidayah ke atas umatnya ya.ng sesat…

    « Hana »
    May 6, 2008 at 7:25 pm


    Apalah dosa bayi itu, tidak sempt untuk melihat dunia. Mungkin hukuman yang ada terlalu ringan dan tidak akan membawa keinsafan dan pengajaran kepada yang bertanggungjawab bersekongkol dengan amalam syaitan. Mungkin hukuman di khalayak ramai lebih sesuai. Kepada manusia yang berhati iblis, tidak terfikirkah kamu ke mana kamu selepas mati?….

    « aleebra »
    Oct 9, 2008 at 3:33 pm
Please Leave a Reply