3 Tips Merangsang Minda Anak

smartkid-2-1100x772

Kanak-kanak di bawah usia enam tahun mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Apa sahaja yang dipandang ingin disentuh dan seterusnya dicungkil bagi memenuhi minat ingin tahu yang bersesuaian dengan usia mereka.

Sesuai dengan naluri ingin tahu yang tinggi, seawal usia tiga atau empat tahun, anda boleh mengesan daya intelektual anak-anak. Dia akan mula bertanya mengapa begitu, mengapa begini dan bermacam soalan lagi sehingga kadang kala membuatkan ibu ayah pening kepala mencari jawapan.

Jangan cepat naik angin apabila berhadapan dengan anak-anak yang suka bertanya. Sebenarnya mereka sedang merangsang perkembangan otak yang cerdas untuk berfikir. Anda seharusnya memainkan peranan membantu anak-anak terus kreatif berfikir.

Berikut, 3 Tips yang boleh anda lakukan untuk merangsang daya fikir serta kreativiti anak-anak anda.

1. Bawa Mereka Melancong / Bersiar-siar

Membawa mereka melawat tempat-tempat menarik dengan tujuan memberi pendedahan berbeza. Dengan cara ini, fikiran anak-anak lebih terbuka, minda lebih terangsang dan pendedahan yang luas lebih memberikan pengalaman kepada mereka.

2. Berikan Bahan Bacaan 

Pembacaan bahan bacaan tidak pernah gagal memberikan pelbagai info dan maklumat berguna. Selain membacakan untuk anak-anak, sesekali biarkan mereka membaca sendiri bahan bacaan yang mereka minat (dengan bantuan ibu bapa).

3. Beri Perhatian Dan Jawab Soalan Mereka 

Beri perhatian jika anak-anak bertanya soalan kerana ini dapat membantu membentuk keyakinan diri mereka untuk bertanya jika tidak faham sesuatu perkara. Kerap berbual dengan anak juga boleh menggalakkan rangsangan kepada mindanya. Ini kerana pada usia bawah enam tahun, otak kanak-kanak mampu menampung segala maklumat yang diterima dan dipelajari.

Usah pandang rendah pada daya intelektual anak-anak. Mereka seharusnya diberikan dorongan dan rangsangan dan bukan dikawal dan dihalang. Sekiranya kanak-kanak terus diberikan galakan meneruskan minat mereka, kanak-kanak ini akan lebih cepat mencapai tahap perkembangan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>